Duit Hilang Setiap Bulan?

Ada 2 kaedah untuk memastikan kewangan anda dalam keadaan sihat. Yang pertama ialah dengan menjejaki aliran tunai. Kedua ialah membezakan harta dengan beban.

Dalam artikel ini saya akan perincikan kaedah yang pertama iaitu menjejaki aliran tunai. Ia dikira sebagai panduan asas yang perlu anda kuasai. Sekiranya anda sudah menguasai kaedah ini, ia akan membentuk fikrah anda dalam membuat 1-1 keputusan atas kewangan anda.

Caranya ialah dengan mengingati 2 gambarajah ini.

Anda pernah melihatnya? Jika belum, jangan bimbang, ia tidak sukar untuk difahami. Gambarajah ini dipopularkan konsepnya oleh seorang guru kewangan iaitu Robert Kyosaki.

Kotak bertulisan Income dan Expenses bertujuan melihat corak aliran tunai anda. Ia merekod segala sumber pendapatan & perbelanjaan anda.

Disebabkan anda cuba menjejaki aliran tunai secara bulanan, maka cukup sekadar anda rekodkan secara bulanan.

Yang perlu ditekankan ialah disposable income, yakni apa pendapatan bersih yang anda bawa pulang ke rumah untuk dibelanjakan. Jadi, anda perlu rekodkan kesemua pendapatan bersih yang boleh anda belanjakan setiap bulan terlebih dahulu.

Anda boleh bahagikan pendapatan bersih itu kepada 3 kategori seperti berikut:

  1. Gaji bersih
  2. Bisnes
  3. Pelaburan

Dengan cara ini, anda dapat lihat dari kategori mana yang menjadi sumber utama kebergantungan pendapatan bulanan anda.

Seterusnya, anda perlu merekodkan segala perbelanjaan rutin bulanan. Sebagai asas, kita tekankan kepada perbelanjaan hidup secara bulanan terlebih dahulu.

Untuk perbelanjaan, anda boleh bahagikan kepada 3 kategori seperti berikut:

  1. Belanja tetap
  2. Hutang
  3. Pelbagai

Belanja tetap ialah perbelanjaan yang perlu dibuat untuk memastikan kualiti hidup tidak terjejas. Saya secara peribadi melihat perbelanjaan ini mesti memenuhi keperluan asas manusia iaitu makan-minum, pakaian & tempat tinggal.

Belanja pelbagai ialah perbelanjaan selain dari belanja tetap. Ianya bersifat sekadar pilihan. Boleh jadi perlu atau tidak. Dalam hal ini, saya secara peribadi melihat ianya untuk memenuhi keperluan moden manusia iaitu pendidikan, pengangkutan, kesihatan, kewangan & telekomunikasi.

Sebagai permulaan, anda boleh menggunakan perisian Microsoft Excel (Windows) atau Spreadsheet (Mac) untuk membuat rekod pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.

Gambarajah berikut ialah contoh rekod pendapatan & perbelanjaan bulanan yang rutin rakyat Malaysia buat sebagai panduan untuk anda mula menjejaki aliran tunai sendiri.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: