2 Cara Optimumkan Nilai Masa Anda

Berapakah nilai masa anda?

Barangkali ada yang mula berfikir panjang dan berkira-kira. Tidak pernah terlintas di benak pemikiran berapa nilai masa sendiri. Umum mengetahui sehari ada 24 jam.

Daripada 24 jam itu, 7-8 jam sudah pasti dihabiskan untuk tidur. 8-12 jam lagi diperuntukkan untuk mencari pendapatan. 

Kalau tinggal di bandar, 2-3 jam dihabiskan di atas jalanraya. Selebihnya untuk urusan-urusan yang lain.

Pendek kata, ramai yang belum tahu menilai masa sendiri mahupun orang lain. Maka tidak hairan kalau kadang-kadang kita tidak tahu menghargainya.

Masa itu wujud dan kita mengakui kewujudannya.

Untuk lebih memahami nilai masa itu, maka kita perlu tukarkan ia kepada satu benda yang boleh dikira. Bagi manusia, jika benda itu tidak bernilai, maka ianya perlu dinyahkan.

Sebagai contoh dan secara umumnya, kita bekerja mencari pendapatan sehari selama 8 jam. Mungkin setiap orang berbeza masanya, begitu juga antara yang makan gaji dengan bekerja sendiri.

Dalam erti kata lain, kita sebenarnya menjual masa untuk wang. Di sini, kita perlu memahami konsep Time Value of Money.

Kaedah mudah untuk mengira nilai masa anda per jam tanpa kalkulator ialah seperti berikut:

Nilai per jam: Pendapatan kasar tahunan / 1000 / 2

Contohnya: Nilai pendapatan kasar tahunan bersamaan RM100,000. Bahagi RM100,000 / 1000 = RM100. Kemudian RM100 /2 = 50.

Secara kasarnya, nilai 1 jam anda bersamaan RM50, atau bahasa mudahnya ialah manhour rate.

Untuk menyemak kembali kiraan tersebut, kita ambil basis 8 jam bekerja sehari, 5 hari seminggu, 4 minggu sebulan.

RM100,000 / (12 bulan x 4 minggu x 5 hari x 8 jam) = RM52.08 ~ RM50

Ini hanyalah kiraan kasar nilai per jam sebelum ditolak cukai. Kalau anda termasuk dalam golongan tax bracket 20%. Maka nilai bersih per jam = RM50 – 20% = ~ RM40

Persoalannya, setelah anda mengetahui cara memberikan nilai pada masa anda per jam, bagaimana pula aplikasinya?

Aplikasi #1

Semua orang suka buat satu-satu pekerjaan dengan menggunakan kudrat sendiri. Do It Yourself (DIY) kata orang. Tapi berbaloikah DIY atau patutnya leveraj (outsource) pada orang lain?

Sebagai contoh, katakan kos menggaji pembantu rumah berbayar untuk melakukan kerja membersihkan rumah selama 4 jam bersamaan RM70. Katakan nilai anda per jam pula bersamaan RM50.

Sekiranya anda melakukan sendiri pekerjaan membersihkan rumah selama 4 jam, nilai masa yang anda terpaksa belanjakan ialah sebanyak RM200.

Tetapi jika anda memilih untuk menggajikan pembantu rumah tersebut, yakni anda leveraj kepadanya,  anda hanya perlu belanjakan RM70 sahaja.

Mana lebih berbaloi? Belanja masa sendiri atau leveraj pada orang lain? Jimat RM130 tu.

4 jam tadi anda boleh gunakan untuk buat kerja yang lebih produktif, yang boleh hasilkan sekurang-kurang RM200. Anda lebih mengetahui kebolehan anda dalam menghasilkan pendapatan sebegitu.

Sekiranya anda dapat menggajikan orang lain untuk lakukan kerja yang rendah dari nilai masa anda, mengapa tidak?

Sekurang-kurangnya anda mewujudkan pekerjaan kepada orang lain secara tidak langsung.

Aplikasi #2

Abu berpendapatan RM3,000 setiap bulan. Secara kasarnya, nilai masa Abu bersamaan RM18 per jam. Dia membeli kereta keluaran Korea bernilai RM80,000.

Jika diambil nilai kereta RM80,000 dan dibahagikan dengan nilai masa Abu per jam (RM18/jam), ianya bersamaan 4,444 jam. Berapa pula masa yang Abu perlu bekerja dalam kehidupannya dalam bentuk tahun?

Berikut ialah cara pengiraanya:

4,444 / (12 bulan x 4 minggu x 5 hari x 8 jam) = ~ 2.32 tahun

Dari sini, kita memahami bahawa Abu terpaksa bekerja selama 2.32 tahun hanya untuk memiliki kereta Korea tersebut. 

Katakan 30 tahun Abu bekerja sebelum pencen, maka 2.32 tahun darinya perlu digunakan untuk sebuah kereta.

Dalam 30 tahun bekerja, barangkali 5-6 kali Abu menukar kereta. Boleh jadi.

Soalan samada ianya berbaloi atau tidak itu adalah pilihan masing-masing. Dalam kes ini, ada yang boleh menerima terpaksa bekerja selama itu untuk sebuah kereta. Dan ada yang merasakan bahawa banyak perkara boleh dibuat dengan tempoh tersebut.

Cuma perlu diingatkan kembali, masa ialah satu sumber yang tidak boleh diperbaharui, wang tidak.

Apa yang saya utarakan di sini ialah sebelum anda membuat satu-satu pembelian, cuba kira nilai benda tersebut dinisbahkan dengan nilai masa dan kerja keras yang bakal kita lakukan.

Selepas kita tahu mengira dan memberikan nilai masa kita sendiri dengan menggunakan konsep ini, kita boleh membuat pertimbangan dengan berfikir sejenak dan tanya pada diri sendiri.

“Berapa nilai benda ini dibandingkan dengan masa aku?”

Dengan mengetahui konsep Time Value of Money, sekurang-kurangnya kita sebenarnya belajar memberikan nilai pada masa yang Allah kurniakan pada kita.

Kita membazirkan masa sebelum ini barangkali kita belum tahu nilainya. Ye la, dah Allah bagi free. Benda yang percuma memang jarang orang hargai. Bila sudah tiada, baru ditagih nilainya.

Setiap orang ada nilai masanya tersendiri. Jangan samakan nilai masa anda dengan orang lain. Belajarlah menghormati masa anda sendiri & orang lain.

Tambah-tambahan jika tindakan anda membazirkan masa orang lain akan mengakibatkan kesan tidak baik pada diri dan urusan mereka.

One thought on “2 Cara Optimumkan Nilai Masa Anda

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: