4 Perkara Elak Sesat Dalam Kewangan

Sebelum kita memulakan satu kembara, kita biasanya meletakkan destinasi yang kita bakal dituju. Contoh paling mudah ialah pulang beraya ke kampung halaman.

Kita biasanya merancang 1 – 3 bulan lebih awal untuk menguruskan segala aspek yang diperlukan untuk memastikan kelancaran perjalanan kita menuju destinasi tersebut.

Kita secara spesifiknya akan mengenalpasti jenis pengangkutan, laluan yang bakal digunakan, masa, kos dan sebagainya.

Adakalanya dalam hidup, kadang-kadang kita terpaksa melakukan kembara secara spontan. Itu norma dalam kehidupan.

Jika kita perasan, lebih banyak usaha & masa yang diperlukan untuk mengatur perjalanan secara spontan berbanding yang dirancang lebih awal.

Begitulah juga dalam membuat perancangan kewangan. Rata-ratanya masih lagi gagal mengenalpasti apa destinasi akhir yang bakal dituju dalam kewangan masing-masing.

Setiap orang ada pilihan destinasi kewangan masing-masing. Jadi apa yang orang lain perlu tuju tidak semestinya sama dengan kita.

Destinasi kewangan atau objektif kewangan ini perlu ada perkara, nilai, tempoh masa dan halal atau tidak.

#1 – Perkara (Asas, Moden, Persaraan & Warisan)

Apa perkara yang kita ingin capai?

Kebiasaannya perkara yang utama dalam hidup kita ialah memenuhi keperluan hidup, samada yang asas ataupun moden.

Keperluan hidup yang asas bagi manusia ialah 3 perkara iaitu makan & minum, tempat tinggal dan pakaian. Manusia tidak dapat lari daripada memerlukan ketiga-tiga perkara ini.

Dengan peredaran masa, keperluan manusia pun berubah. Semakin moden manusia, semakin moden jugalah keperluan kita.

Dalam hal ini, keperluan moden manusia merangkumi pengangkutan, pendidikan, komunikasi, kesihatan & kewangan.

Selain daripada itu, perkara yang menjadi penting dalam hidup kita ialah keperluan persaraan.

Semakin berusia, semakin kurang kudrat tubuh badan kita. Maka kemampuan kita mencari pendapatan mungkin semakin berkurangan.

Oleh itu, keperluan persaraan menjadi perkara penting sekiranya tubuh badan kita sudah semakin kurang kemampuannya.

Keperluan persaraan seseorang itu bergantung kepada sara hidup yang dia pilih.

Jika RM5000 sebulan cukup untuk menampung sara hidupnya, maka cukuplah. Begitulah juga jika RM2000 sebulan sudah cukup menampung sara hidupnya.

Pendek kata, kita yang menetapkan keperluan persaraan kita dan bukannya atas saranan orang lain.

Dan perkara yang terakhir ialah keperluan perwarisan. Berapakah nilai harta yang ingin kita tinggalkan kepada anak, cucu, cicit dan seterusnya.

#2 – Nilai

Setiap perkara-perkara yang disebutkan di atas, ianya perlu diberikan nilai. Tanpa nilai, kita tidak boleh buat sebarang perkiraan.

Sebagai contoh, kita perlukan keperluan hidup asas manusia iaitu tempat tinggal. Berapa nilainya? RM100,000? RM250,000? RM400,000?

Dengan memberikan ia nilai, dengan automatiknya otak kita sudah mula bekerja membuat perkiraan dengan sendirinya.

Dengan nilai, kita sudah boleh membuat perkiraan berdasarkan kapasiti kewangan kita.

#3 – Tempoh masa

Apabila kita sudah sedia maklum akan perkara yang kita nak capai dengan nilainya, kita perlu tentukan bila masanya pula untuk kita capai.

Kita perlu memberikan tempoh masa yang realistik untuk kita capai. Tempoh masa yang kita ingin capai ini boleh dalam masa minggu, bulan ataupun tahun.

Sebagai contoh, kita perlukan keperluan hidup moden manusia iaitu pengangkutan dalam bentuk kereta yang bernilai RM45,000.

Untuk mencapai keperluan ini dengan kapasiti kewangan kita yang realistik, berapa tempoh masa yang kita perlukan? 3 tahun dari sekarang? 5 tahun?

#4 – Halal atau tidak

Yang terakhir, objektif kewangan ini kita nak peroleh dengan cara yang halal atau tidak. Dalam hal ini, tepuklah dada dan tanyalah iman masing-masing.

Tanpa mengetahui destinasi yang jelas, bagaimana kita boleh tahu samada kita sudah tiba ke destinasi yang ingin dituju?

Begitu jugalah halnya akan objektif kewangan yang perlu jelas terlebih dahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: