Kenapa Pulangan Tabung Haji Anda Berbeza Dengan Hibah Tahunan

Tabung Haji baru sahaja umumkan hibah untuk tahun 2016. Hibah tahunan ialah 4.25% dan ada tambahan hibah haji pada kadar 1.50%.

Hibah haji ini ialah hibah khas yang diberi kepada para pendeposit dengan syarat belum pernah menunaikan haji. Ia juga terhad kepada bayaran haji semasa yakni sekitar RM9,980 sahaja.

Dari tinjauan secara umum di media sosial dan reaksi dari rakan-rakan, ada yang mengeluh kerana pulangan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Ada yang mula membuat tinjauan alternatif tempat simpanan yang lain.

Nak simpan di ASB, ada yang ragu-ragu kerana ada 2 sisi pandangan dari sudut hukum. Harus dan haram.

Pun begitu, kalau dibuat tinjauan akaun fixed deposit-i, rata-rata pulangan sekitar 3-4% pun sudah dianggap baik. Jadi hibah 4.25% itu boleh dikatakan tidaklah seteruk mana.

Tabung Haji dalam FAQ mereka juga menyatakan bahawa konsep simpanan ialah Al Wadiah Yad Dhamanah, yakni simpanan adalah terjamin dan pemberian hibah tidak dijanjikan serta mengikut budibicara Tabung Haji.

Jelas dan terang.

Cuma kita sudah biasa menerima hibah lalu beranggapan ia sesuatu yang patut ada setiap tahun. Dan kalau boleh setanding dengan instrumen yang berasaskan mudharabah dan sebagainya.

Berpijaklah di bumi yang nyata.

Walaupun diumumkan hibah tahunan diumumkan sebanyak 4.25%, jangan terkejut sekiranya hibah yang anda terima dari modal asal yang diperuntukkan tidak seperti itu.

Ia bergantung kepada kaedah simpanan yang anda buat untuk menyimpan di dalam Tabung Haji.

Perhatikan jadual berikut dengan kaedah yang digunakan berserta pulangan ke atas modal asal yang diterima.

jadual_th

#1 Lump Sum

Kaedah pertama ialah anda meletakkan sejumlah amaun di dalam akaun pada awal Januari. Sebagai contoh, anda meletakkan amaun RM60,000. Maka, baki minima pada bulan Januari ialah sebanyak RM60,000.

Untuk bulan-bulan seterusnya, anda tidak membuat sebarang simpanan tambahan.  Maka, baki minima bagi bulan Februari, ianya masih lagi RM60,000. Begitulah untuk bulan-bulan seterusnya.

Kaedah pengiraan hibah yang diberikan oleh Tabung Haji ialah seperti berikut:

Baki purata minima simpanan dalam akaun TH [ (Jan – Dis 2016) / 12 bulan ] x 4.25% 

Kiraan untuk kaedah pertama ialah seperti berikut:

[ (60,000 + 60,000 ….. + 60,000) / 12 ] x 4.25% = RM2,550

Maka, pulangan dari modal bersamaan = (2,550 / 60,000) x 100% = 4.25%

#2 Regular Savings

Kaedah kedua ialah anda konsisten menyimpan amaun sebanyak RM5,000 setiap bulan. Maka, baki minima pada bulan Januari ialah sebanyak RM5,000.

Untuk bulan Februari, baki minima telahpun meningkat menjadi RM10,000. Begitulah untuk bulan-bulan seterusnya.

Walaupun pada bulan terakhir, modal anda masih juga bersamaan dengan RM60,000 seperti dalam kaedah yang pertama, namun purata minima simpanan anda untuk 12 bulan TIDAK sama.

Kenapa?

Sila lihat pengiraan di bawah.

[ (5,000 + 10,000 + 15,000 ….. +60,000) / 12 ] x 4.25% = RM1381.25

Maka, pulangan dari modal bersamaan = (1381.25 / 60,000) x 100% = 2.30%

Untuk memastikan 1-1 amaun itu dikira sebagai baki minima bagi 1-1 bulan, anda perlu memastikan simpanan anda dibuat sekitar 1hb – 5hb pada setiap bulan.

Jadi, sekiranya anda memilih kaedah yang kedua, pastikan anda konsisten menyimpan di awal haribulan.

2 thoughts on “Kenapa Pulangan Tabung Haji Anda Berbeza Dengan Hibah Tahunan

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: