Cara Mudah Kumpul RM1000 Dalam 1 Bulan

4 tahun. Itulah tempoh kami beramal kaedah Simpan Si Hijau. Apabila kita menjadikan ia satu amalan, maka ia berubah menjadi tabiat dalam diri kita.

Apa itu Simpan Si Hijau?

Ia adalah kaedah menyimpan paling mudah untuk dipraktiskan. Apa yang perlu anda buat ialah setiap kali anda berbelanja tunai, baki duit RM5 yang anda diterima, di simpan dalam tabung khas.

Tabung khas lutsinar amatlah digalakkan. Ia bertujuan untuk memotivasikan anda untuk memenuhkan tabung tersebut. Disebabkan ia lutsinar, kita akan ada kecenderungan untuk membelanjakan ia. Maka faktor emosi memainkan peranan dalam situasi ini. Orang yang dapat mengawal emosinya ketika ini, dia dalam proses menyediakan dirinya sebagai seorang pelabur.

Lupakan sahaja pasal Si Hijau. Ia bukan topik utama. Walaupun kami menjadi pelabur hartanah dan juga saham, kami masih lagi mengamalkan kaedah menyimpan yang mudah untuk menampal ketirisan. Ketirisan ini mungkin kita tidak sedar bila berbelanja.

Yelah, masa dompet penuh dengan duit, laju je duit mengalir keluar kan?

Pelabur-pelabur hebat itu apa yang anda perlu tahu ialah mereka MENYIMPAN kekayaan mereka dalam bentuk aset yang berkembang. Asasnya masih sama. Iaitu MENYIMPAN. Ia seperti yang saya terangkan dalam artikel ini.

Jadi saya kongsikan kaedah mudah bagaimana kami kumpul RM1000 dalam 1 bulan. Anda tidak perlu pening-pening untuk melabur atau tidak boleh tidur malam memikirkan risiko dalam pelaburan. Ia mungkin nampak lekeh pada mulanya tapi ianya lebih baik dari tiada langsung simpanan, kan?

#1 – Simpan mengikut tarikh haribulan

Dalam setahun kita ada 12 bulan. Setiap bulan itu ada bilangan hari yang berbeza. Ada bulan yang mempunyai 30 atau 31 hari. Jika tahun lompat, bulan Februari mempunyai 29 hari.

Apa yang anda perlu buat ialah simpan duit anda dalam 1 tabung khas lutsinar setiap hari mengikut tarikh haribulan. Sebagai contoh kita ambil bulan Januari. Kita sedia maklum yang bulan Januari mempunyai 31 hari. Tak perlu susah beli tabung yang fancy. Cukup sekadar tabung kuih raya tahun lepas yang tak habis tu.

Kita mulakan menyimpan RM1 pada 1 haribulan. Keesokkan harinya, kita simpan RM2 kerana sudah 2 haribulan. RM7 pada 7 haribulan, RM15 pada 15 haribulan. Begitulah seterusnya sehingga 31 haribulan.

Maka untuk bulan Januari, simpanan kita akan menjadi seperti berikut:

1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 …… +15 …… + 20 ….. + 31 = RM496.

RM496 untuk seorang. Jika anda berpasukan dengan pasangan anda, maka jumlah simpan untuk bulan Januari bersamaan RM992 ~ RM1000.

RM1000 untuk 1 bulan. Jika anda dan pasangan konsisten beramal dengan kaedah mudah ini, anda boleh kumpul RM11,476 untuk tahun 2017. RM11,476 itu sudah boleh buat modal untuk beli aset bernilai RM110,000.

#2 – Cabaran di tengah bulan

Selepas sebulan mengamalkan kaedah ini, terus terang saya cakapkan cabaran sebenar bermula di tengah-tengah bulan. Ada orang 1 haribulan lagi dah kering. Yang bernasib baik, tengah-tengah bulan masih lagi ada duit belanja. Sedikit sahaja yang mampu bertahan sehingga dapat gaji / pendapatan di hujung bulan. Maka tidak hairan, kad kredit menjadi tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan. Ini topik lain. Fokus.

Di awal bulan, kita bermula dengan menyimpan RM1 dan seterusnya. Bila tiba 15 haribulan, RM15 perlu disimpan setiap hari. Bayangkan setiap hari simpan RM15, RM16, RM17, RM18, RM19, RM20. Wow. RM20 sekeping kena simpan. Dah sama dengan belanja minum pagi & makan tengahari ini. Dalam hati mesti dah mula berkira-kira. Aii..makin menyusahkan aku pula.

Tahniah jika anda berjaya sehingga ke akhir bulan. Ianya satu pencapaian yang mungkin 20% sahaja orang lain mampu buat.

#3 – Simpan di awal pagi

Apabila sampai di tengah bulan, bila emosi mula cuba menguasai rasional diri untuk tidak meneruskan kaedah ini, saya mengubah strategi baru. Apa yang saya buat ialah sebelum keluar bekerja, saya simpan dahulu amaun mengikut tarikh haribulan pada setiap pagi. Kalau pada ketika itu 20 haribulan, awal pagi terus masukkan RM20 dalam tabung.

Sudah pasti perbuatan tersebut membuatkan saya terpaksa mengubah corak perbelanjaan minum pagi & makan tengahari saya pada hari itu dengan baki duit yang tinggal.

Kenapa perlu simpan siap-siap di awal pagi?

Kerana kalau balik bekerja baru nak buat simpanan, ada kebarangkalian duit dalam dompet telah habis dibelanjakan. Inikan pula nak masukkan RM20 pada ketika itu. 2 kali berperang dengan emosi jika anda berada dalam situasi ketika itu.

#4 – Kesesuaian kaedah

Saya & pasangan memang mempunyai kadar simpanan yang tetap setiap bulan. Simpanan ini kami sentiasa tukarkan ia kepada harta yang berkembang. Pendek kata, setiap bulan beli harta dengan duit lebihan. Anda pun boleh buat. Jaga aliran tunai, kurangkan tanggungan beban, pasti ada lebihan untuk ditukarkan kepada harta.

Untuk simulasi kaedah ini, kami menggunakan duit belanja tetap yang telah dibajetkan setiap bulan. Jadi secara tidak langsung ia telah mengganggu penggunaan sebenar duit belanja tetap itu. Walaupun tujuan asalnya untuk menampung ketirisan. Pada hemat saya, kaedah Simpan Si Hijau barangkali lebih sesuai untuk menjejaki ketirisan duit belanja tetap.

Untuk kaedah simpanan mengikut tarikh haribulan ini, ianya lebih sesuai untuk anda yang belum boleh buat keputusan berapa amaun simpanan tetap dari pendapatan setiap bulan. Ada orang yang belum pasti boleh beri komitmen simpanan tetap. Nak simpan RM250 ke RM500 setiap bulan. Setiap bulan berkira-kira sehingga tidak buat juga simpanan.

Jadi kaedah ini boleh dijadikan sebagai alternatif untuk simpanan tetap bulanan anda. Pendek kata kalau tidak perlu bajetkan simpan, asingkan untuk itu dan ini. Belanja sahaja tapi simpan ikut tarikh haribulan.

5# – Ubah strategi

Saya akan teruskan tabiat menyimpan dengan kaedah ini untuk bulan-bulan akan datang. Tetapi saya akan buat ubah amaun simpanan bermula setiap 21 haribulan. Bermula setiap 21 haribulan, saya akan bagi DISKAUN pada diri dengan menyimpan separuh dari amaun yang sepatutnya.

Lebih baik ubah strategi ikut kemampuan daripada tinggalkan terus tabiat in dan berputus asa.

Apa yang saya akan buat ialah seperti berikut:

Asal:

1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 …… +15 …… + 20 + 21 + 22 + 23 ….. + 31

Baru:

1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 …… +15 …… + 20 + 10.50 +11 + 11.50 ….

Perhatikan corak simpanan DISKAUN bermula dari tarikh 21 haribulan. Kaedah asal, anda simpan RM21. Tetapi dengan kaedah baru, anda simpan RM10.50. DISKAUN 50%.

Selamat beramal samada dengan kaedah asal ataupun kaedah diskaun. Mulakan dengan kemampuan anda. Apapun kaedah yang anda pilih, berusahalah bersungguh-sungguh jadikan ia sebagai satu tabiat. Yang untung ialah diri anda sendiri kelak.

2 thoughts on “Cara Mudah Kumpul RM1000 Dalam 1 Bulan

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: