6 Tabung Yang Anda Perlu Bina Untuk Elak Penyakit Kewangan

Tahun baru mesti ramai yang berkobar-kobar azamnya. Sementara semangat itu masih lagi ada, kita perlu salurkan ia kepada benda-benda positif dengan segera.

Antara benda positif yang boleh kita lakukan ialah mengatur kembali kewangan diri atau keluarga. Lupakan sahaja perkara yang dah berlalu tahun lepas.

Usah dikenang barang yang lepas, kita yang hidup ini mesti teruskan kehidupan. Kata-kata yang pernah dititipkan oleh cikgu saya.

Di awal tahun ini, kita boleh mencorakkan kewangan kita melalui 6 tabung kewangan. Saya dan pasangan pernah gunakan kaedah yang dipanggil JARS System ini.

Secara konvensionalnya, kita biasa kaitkan tabung ini dalam bentuk balang kaca, buluh, bekas kuih raya dan sebagainya. Tapi ini kaedah biasa, kalau kita nak buat tabung kewangan pun, biarlah ia selari dengan prinsip yang betul.

Apakah 6 tabung tersebut?

#1 – Tabung Keperluan 55%

Untuk tabung ini, kita peruntukkan 55% dari pendapatan bersih isi rumah (suami & isteri). Katakan RM3500, maka RM1925 sahaja yang digunakan untuk perbelanjaan isi rumah.

Perbelanjaan ini termasuk makan-minum, sewa rumah, utiliti, internet. Ia juga merangkumi sekali komitmen hutang-hutang seperti pinjaman kereta, pendidikan, peribadi, rumah dan sebagainya.

Maka tabung ini ialah akaun simpanan atau akaun bank di mana kita menerima kemasukan gaji atau pendapatan setiap bulan.

#2 – Tabung Kebebasan Kewangan 10%

Ini adalah angsa emas anda.  Ia adalah tiket untuk anda mencapai kebebasan kewangan. Untuk tabung ini, ia digunakan untuk pelaburan ataupun membina aset yang memberikan aliran tunai secara pasif.

Sekiranya kita belum pandai menggunakan alat-alat kewangan yang lain, maka instrumen kewangan seperti Tabung Haji antara yang sesuai.

Pendek kata, kita tidak akan membelanjakan langsung amaun prinsipal yang kita simpan dalam tabung ini. Sekiranya kita ingin mengembangkan ia, kita hanya guna hasil dari dividen yang diperolehi, dalam kes Tabung Haji.

Pokok disimpan rapi, bunga sahaja yang dipetik.

#3 – Tabung Pendidikan 10%

Diri anda adalah aset yang paling berharga. Nilai diri kita akan bertambah dengan bertambahnya ilmu pengetahuan kita. Maka, kita peruntukkan 10% dari pendapatan kita untuk mencari ilmu.

Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alat kewangan. Sekiranya kita belum mahir akan satu-satu alat kewangan seperti saham, hartanah dan sebagainya, kita belanjakan 10% ini kepada seminar, bengkel ataupun buku-buku yang berkaitan.

Untuk mengurangkan kesilapan dalam kita memanipulasikan satu-satu alat kewangan itu, kita haruslah memperuntukkan yuran kepandaian untuk elak cukai kebodohan.

#4 – Tabung Simpanan Jangkamasa Panjang Untuk Belanja 10%

Tabung ini digunakan untuk kita belanja besar di masa hadapan. Kita boleh memilih untuk pecah tabung selepas 6 bulan atau setahun. Apa yang dimaksudkan dengan belanja besar itu?

Belanja besar itu seperti belanja untuk percutian, membeli set TV dan Home Theater yang baru, duit muka pembelian kereta dan sebagainya.

Ia juga boleh bertindak sebagai tabung kecemasan sekiranya kita hilang sumber pendapatan ataupun ahli keluarga yang memerlukan wang untuk rawatan. Selain dari itu, ia juga boleh digunakan sebagai dana pendidikan anak-anak.

Sekiranya belum mahir, kita boleh memilih instrumen kewangan seperti simpanan tetap di bank, Tabung Haji atau ASB terlebih dahulu. Selepas ada kemahiran, kita boleh ubah tabung ini kepada instrumen kewangan seperti saham ataupun hartanah.

#5 – Tabung Kehendak 10%

Ini antara tabung yang paling diminati antara semua. Takkan lepas dapat pendapatan asyik nak menyimpan je kan? Nak juga manjakan diri sendiri.

10% dari pendapatan, kita gunakan untuk belanja setiap bulan kepada perkara yang tidak biasa kita buat. Belanja ini bukan seperti yang kita buat dalam Tabung Keperluan.

Contohnya, kita belanjakan 10% untuk makan mewah di hotel atau restoran ternama, sewa kereta-kereta mahal idaman kita, percutian pendek di hujung minggu dan sebagainya.

Apa sahaja yang terbuku di hati kita selama ini. Kita boleh bahagikan dengan pasangan kita untuk masing-masing belanjakan ikut kehendak masing-masing tanpa sebarang persoalan.

Natijahnya, oleh kerana setiap bulan kita belanjakan untuk memenuhi kehendak kita, kita telah mendidik minda separuh sedar bahawa kita sudah biasa berbelanja mewah.

Di masa hadapan sekiranya kita menerima durian runtuh, kita tidak akan ghairah membelanjakan kesemuanya kerana kita sudah biasa berbelanja.

#6 – Tabung Amal 5%

Apalah guna adanya pendapatan sekiranya kita tidak boleh membuat sedikit amalan yang baik. Untuk tabung ini, kita boleh peruntukkan 5% dari pendapatan sebagai elaun ibubapa. Semasa mereka masih hidup lah peluang untuk kita memberi mereka merasa hasil pendapatan kita.

Kita juga boleh gunakan tabung ini untuk beri hadiah hari lahir kepada ahli keluarga, adik-beradik dan sebagainya.

Bina 6 tabung kewangan anda dengan segera di awal tahun, supaya hasilnya boleh diperoleh 11 bulan akan datang, insyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: