Prinsip Kewangan Dari Surah Yusuf Yang Anda Boleh Pelajari

Manual ialah dokumen yang manusia jadikan rujukan apabila ingin menyelesaikan akan satu-satu perkara atau pekerjaan.

Apabila kita membeli satu kenderaan yang baru, kita akan merujuk manual untuk lebih tahu akan komponen-komponen kereta dan cara yang betul untuk mengemudikannya.

Perkara yang sama juga perlu kita lakukan dalam bab menguruskan kewangan diri, keluarga, entiti mahupun negara.

Apa prinsip kewangan yang menjadi pegangan saya untuk mendapat hasil seperti ini? Prinsip yang saya pegang ialah seperti yang Allah S.W.T telah rakamkan di dalam Al-Quran (Yusuf:47). Ayat tersebut berbunyi seperti ini:

Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya ; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.”

Daripada ayat ini, saya mengambil pengajaran dan merumuskan ia kepada langkah-langkah yang perlu saya praktiskan seperti berikut:

#1 – Bersungguh-sungguh dalam setiap perkara

Konsisten. Itulah kata kunci yang perlu dipegang sekiranya kita ingin menguruskan kewangan supaya dapat kecapi hasilnya kelak. Saya mengambil masa 9 bulan untuk membuat simpanan kecemasan bersamaan perbelanjaan setahun isi rumah. Menyimpan ialah satu proses yang membosankan. Tapi itulah langkah pertama yang wajib kita buat terlebih dahulu sebelum menginjak ke langkah-langkah lain.

#2 – Simpan dahulu separuh, baru belanja separuh lagi

Dalam ayat tersebut, saya faham yang apabila kita mendapat pendapatan, perkara pertama yang Allah suruh ialah simpan separuh (50%) dahulu. Bakinya baru dibelanjakan.

Kita sering mendengar saranan kewangan supaya menyimpan 10% – 30% dahulu. Tapi bagi saya, menyimpan 50% terlebih dahulu seperti saranan dari Quran adalah lebih tepat.

Inilah hasil yang kerajaan Mesir pimpinan Nabi Allah Yusuf A.S ketika itu kecapi. Saya sendiri juga pernah merasai hasilnya dan saya hanya boleh berkongsi apa yang saya amal dan mendatangkan hasil.

Apabila kita sudah membiasakan diri menyimpan 50% terlebih dahulu sementara kita belum mempunyai komitmen yang lain (contohnya kes graduan muda), ia akan menjadi sebahagian dari tabiat dan rutin yang disimpan di dalam minda separuh sedar kita.

Apabila kita berkeluarga, komitmen kita bertambah, kita sudah hilang peluang membuat simpanan 50% seperti waktu kita mula-mula bekerja. Ia memang perit tapi itulah hakikatnya.

#3 – Simpanan mesti dibuat dalam bentuk harta yang produktif

Untuk pastikan simpan 50% kita itu sentiasa terjaga, salah satunya kena pastikan disimpan dalam bentuk harta (aset). Sekiranya kita biarkan ia dalam bentuk simpanan biasa, maka nilainya bakal dihakis.

Sebagai permulaan, saya menyimpan kesemua 50% pendapatan dalam bentuk aset tunai di Tabung Haji. Aset tunai ini saya simpan bersamaan 1 tahun perbelanjaan isi rumah. Selepas siap, saya pejamkan mata dan biarkan ia terus berkembang dengan hasil perolehan dividen tahunan. Saya tidak usik aset tunai ini kerana ia ibarat angsa emas saya.

Selepas siap angsa emas saya, barulah saya mula menyimpan 50% dari pendapatan dalam harta seperti saham. Sasaran saya pada ketika itu ialah saham-saham berkualiti yang boleh dibeli pada harga diskaun dari nilainya.

Tujuan saya membeli saham-saham tersebut di bawah nilai supaya saya memperolehi keuntungan peningkatan modal (capital gain) kelak. Dalam masa saya menunggu ia berkembang, saya juga menikmati pulangan dalam bentuk dividen, yakni aliran tunai (cashflow).

Pendek kata, jika saya ingin tukarkan 50% dari pendapatan kepada harta, harta tersebut mestilah memberikan capital gain & cashflow pada masa yang sama.

#4- Belanja separuh mengikut prioritinya

Penghujung ayat tersebut, penekanan diberi untuk belanja kepada diri terlebih dahulu dan perlu mengikut urutannya. Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. yang menegaskan;

“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu”

(Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46)

Maka dari sini, prioritinya perlu kita belanjakan 50% dari pendapatan untuk penuhi 3 keperluan asas manusia terlebih dahulu. Keperluan asas tersebut perlu dicukupkan dengan makan & minum diri dan keluarga. Selepas itu dicukupkan dengan pakaiannya. Akhirnya, dicukupkan melalui dengan tempat kediamannya.

Sekiranya ada baki dari 50% tersebut, barulah kita boleh berkira-kira untuk belanjakan kepada perkara-perkara lain. Dewasa ini, kita membelanjakan banyak kepada tuan yang memberikan kita hutang terlebih dahulu, baki barulah dibelanjakan untuk keperluan asas manusia. Sampai ada kes terpaksa mengikat perut terlebih dahulu. Kan tidak betul tu.

Apa pendapat anda tentang prinsip dan saranan ini?

2 thoughts on “Prinsip Kewangan Dari Surah Yusuf Yang Anda Boleh Pelajari

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: